Sunday, November 6, 2016

..drama AWAK SANGAT NAKAL bakal menemui korang esuk!!!..




drama baru yang akan temui korang senin depan di astro prima
adaptasi dari novel SYAMNURIEZMIL
best novel nih
dan aku dah beli lama dh novel nih..
apa saja karya dari SYAMNURIEZMIL memang takkan menghampakan korang
serius bes..!!
byk dah aku beli novel dari hasil author nih..
ehehehe..

korang boleh baca sinopsis di bawah
aku dah tepek..
lakonan ayda jebat dan sharnaaz ahmad

dh tgk dah gezzate drama nih
hemm mesti kelakau
sebab dlm novel pung kelakau gaks..
aku nk tgk..
adakah drama sama best seperti dalam novel..



Sinopsis 

Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya."Eh, saya nak panggil awak apa eh? Johan Rizqin tu, nama yang panjang tu.""Jo...""Jo? Joe Jambul? Jongang? Joyah? Jongos?"Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humairah, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasiyang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian merangcang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT.Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau hidupnya berakhir dengan hukuman mati?"Apa abang pula... Ini dia, depan abang ni, budak nakal. She turned her can'ts into cans, and her dream into plans. She is Erine Johanna. Awak sangat nakal, tapi sebab itulah abang sayang."Kalau tak boleh... paksa sampai boleh! ...

so jangan lupa nantikan siarannya dia astro prima bermula isnin depan hingga khamis (esuk jeks) 7hb setiap jam 10 malam


selamat menonton..

No comments:

Post a Comment